Thursday, July 8, 2010
Polycarbonate Lens / Protective Lens / Safety Lens
Keselamatan adalah satu perkara yang amat penting bagi setiap orang, sama ada semasa memandu, berjalan kaki, menunggang motosikal/basikal, menaiki sampan, di pejabat, rumah, kedai dan dalam apa keadaan sekalipun. Manusia memang lumrah mementingkan keselamatan.
Banyak langkah-langkah keselamatan yang kita semua ambil untuk mengelakkan atau setidak-tidaknya mengurangkan risiko kecelakaan contohnya memakai tali pinggang semasa menaiki kereta, memakai topi keledar, memakai payung apabila hujan, memakai pakaian tebal untuk berlindung dari cuaca sejuk dan yang paling 'koman' memakai selipar apabila keluar rumah... sebab? untuk melindungi kaki dari benda-benda tajam.
Wah panjang lebarnya....
Tapi adakah kita memilih untuk melindungi mata kita? ada yang berkata cukup la sunglass melindungi mata dari matahari, dan ada yang berkata dah ada kelopak mata semulajadi nak apa lagi? Fuh mudah sungguh penjelasan mereka. Mata merupakan anugerah yang diberi oleh tuhan supaya kita boleh menghargai alam sekitar, menikmati keindahan alam ciptaan-Nya ini. Apakah kita dikatakan bersyukur dengan nikmat ini jika kita tidak melindunginya? adakah cukup hanya sekadar memejamkan mata apabila berlaku sesuatu?
Tahukah anda terdapatnya kanta mata / lens yang boleh melindungi mata kita dari kemudaratan? Saya perkenalkan kepada anda lens polycarbonate (PC lens). Pc lens mempunyai kekuatan 10 kali ganda dari lens plastik biasa. mempunyai perlindungan UV secara semulajadi dan mempunyai berat yang amat ringan. Ianya dicipta sekitar tahun 1970an untuk aplikasi astronomi seperti 'visor' dan helmet astranaut. Ianya mula di perkenalkan untuk kegunaan cermin mata pada tahun 1980an. Dan bermula dari situ, ianya mendapat sambutan lebih-lebih lagi untuk pembuatan gogle sukan, cermin mata keselamatan (safety lens) dan cermin mata kanak-kanak. Dibawah ditunjukkan ujikaji ketahanan lens polycarbonate berbanding lens plastik.
Dengan teknologi yang ada sekarang terdapat lens yang dipercayai lebih kuat dan lebih teguh dari lens polycarbonate iaitu lens trivex dicipta sekitar tahun 2001 ianya lebih ringan, kuat dan yang penting abbe value yang tinggi. Abbe value yang tinggi menunjukkan kurangnya chromatic aberration dan menjadikannya lebih selesa. Dibawah di salin dari wikipedia perbandingan trivex dan polycarbonate.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment