Wednesday, July 14, 2010

LASIK..??


Ramai tertanya-tanya apa itu LASIK?? LASIK sebenarnya datang dari singkata Laser Assisted in SItu Keratomileusis... he he he.. Kalau nak tahu di Amerika prosedur LASIK telah mendapat kelulusan FDA.Secara umumnya LASIK dilakukan oleh pesakit untuk memperbetulkan masalah-masalah mata seperti rabun jauh (MYOPIA), rabun silau (ASTIGMATISM) dan rabun dekat [(farsightedness) (HYPEROPIA)] ataupun kombinasi antara kedua nya myopia dan astigmatism atau hyperopis dan astigmatism. Satu kelemahan dalam LASIK ini ialaj prosedur ini "TIDAK BOLEH" merawat/memperbetulkan masalah rabun presbyopia (rabun tua).

Bagaimana LASIK dilakukan? LASIK dilakukan secara asasnya melalui 3 peringkat:
1. bukaan lapisan luar kornea dibuat menggunakan alat 'microkeratome blade' atau laser.

2. Kemudian laser digunakan untuk membuang bahagian-bahagian tertentu lapisan kornea yang terlebih dahulu ditentukan dan dikira oleh pakar sebelum LASIK dilakukan.

3. 'Flap' kornea yang di buka tadi diletakkan semula ke tampat asal dan akan melekat semula dan akan sembuh secara semula jadi.

penggunaan local anastetik drop dilakukan agar pesakit tidak berasa sakit...


Apa kelebihan LASIK???

Antara kelebihan LASIK adalah:

1) Keputusan pembedahan yang serta-merta! Ya betul keputusan yang amat cepat ini memberikan kelebihan bagi pesakit. Mereka dapat melihat tanpa cermin mata hampir sahaja selepas prosedur selesai. Namun kestabilan penglihatan dapat dicapai dalam tempoh 6 bulan.

2) Bebas!! Pesakit terasa bebas dari pemakaian sebarang alat bantuan penglihatan seperti cermin mata dan kanta sentuh.

3) Aktiviti dan Kerjaya Baru! Lebih seronok melakukan aktiviti tanpa perlu memikirkan kanta sentuh tercabut, cermin mata patah dan perlu membawa cermin mata tambahan jika berlaku sesuatu. Dari segi kerjaya, sesetengah kerjaya memerlukan penglihatan baik tanpa bantuan seperti askar, juruterbang, polis dan sebagainya akan menjadi pilihan pada sesiapa yang sebelum ini tidak dapat memohon kerana terkongkong denagn cermin mata.

4) Keyakinan Diri Meningkat! Secara tidak langsung apabila tiada masalah mata yang timbul, tanpa cermin mata keyakinan diri juga akan meningkat.

Ok.. cukup bab kebaikan .. apa kata saya masuk bab keburukan dan risiko LASIK..???? ha takut tak? Sama untuk semua prosedur surgeri memang tidak lari dari risiko begitu juga dengan LASIK walaupun risikonya amat kurang tetapi tetap ada risikonya. Antara risiko-risiko yang boleh saya ambil adalah:

Kebanyakan kesalahan LASIK adalah disebabkan 'flap' yang dibuat pada prosedur awal iaitu pemotongan lapisan luar kornea. Jika 'flap' LASIK tidak dilakukan dengan sempurna contohnya terlalu tebal atau terlalu nipis apabila diletakkan semula 'flap' pada permukaan kornea ianya akan berkedut. kesan kedut mikro (microscopic wrinkle) disebut sebagai "corneal striae". Tetapi kebanyakan masalah ini dapat dibetulkan melalui "enhancement surgery" yang dilakukan semasa post operation.

1) 'Flap' atau kelepek rosak atau hilang. Semasa prosedur pemotongan yang dilakukan.

2) Penglihatan berganda (double vision) untuk pesakit yang dahulu mengalami masalah rabun yang teruk dan perbezaan kesalahan refraksi yang tinggi antara kedua-dua mata kebarangkalian tinggi mengalami masalah ini. Ianya akan berkurangan dari semasa ke semasa.



3) Mata kering (dry eyes) atau mempunyai masalah untuk melihat pada waktu malam kerana silau dan 'halos' disekeliling lampu.

4) "Irregular cornea" kornea tak sekata. Ini disebabkan laser tidak dilakukan pada tempat yang sepatutnya (kurang tepat) ia juga boleh mengakibatkan penglihatan berganda dan ghost image. Ia perlu menjalani treatment semula atau enhancement surgery!


5) DIFFUSE LAMELLAR KERATITIS (DLK) atau dikenali sebagai "Sand Of The Sahara". Ia disebabkan keradangan dibawah 'FLAP". Sesetengah keradangan akan hilang tetapi dalam kes DLK keradangan ini kekal dan tidak boleh dikawal dan keadaan ini akan mengganggu proses penyembuhan dan akan mengakibatkan hilang penglihatan "VISUAL LOSS". Kebiasaannya apabila DLK berlaku pesakit akan diberikan antibiotik, dan steroid titis untuk mengelakkan jangkitan dan "FLAP" itu juka mungkin akan dibuka semula untuk tujuan pembersihan sel-sel radang tersebut.!!!


6) Keratectasia atau Keratoconus. Ia di definasikan sebagai pembengkakan kornea (bulging). Ia boleh berlaku akibat pemotongan "FLAP" terlalu dalam. Apabila terlalu banyak tisu kornea yang dipotong semasa prosedur LASIK ataupun kornea pesakit memang lemah semasa diuji menggunakan 'corneal topography' sebelum LASIK ia akan menyebabkan penglihatan "distorted". Ia TIDAK BOLAH di perbaiki menggunakan enhancement surgery seperti masalah-masalah lain, ia hanya boleh di baiki melalui pemakaian (KANTA SENTUH KERAS/RGP) atau CORNEAL TRANSPLANT!!!!

terdapat juga teknologi baru yang boleh merawat masalah keratoectasia ini iaitu "corneal collagen cross linking" (CXL) in digunakan intun memulihkan lapisan kornea tersebut dan kemudian satu prosedur laser enhancement akan dilakukan semula untuk memulihkan penglihatan yang "hilang" tersebut.

7) Undercorrection, Overcorrection and Regression. Ini adalah keadaan yang mana pembetulan masalah mata ter'over' atau ter'under' correct. contohnya apabila kesalahan refraktif terdahulu sebanyak -7.00D menjadi +1.00D bukan PL/0.00. atau pun hanya menjadi -1.00D sahaja. Hal ini kemungkinan disebabkan:
i. Respon pesakit terhadap prosedur yang berlainan dari respon
normal.
ii. Diagnosis kurang tepat oleh doktor
iii. Seting program software yang mengawal laser tidak
dilakukan dengan sempurna.

regression pula berlaku semasa proses penyembuhan. Kuasa mata selepas yang optimum pada asalnya selepas LASIK berubah semasa proses penyembuhan menjadi undercorrection. Kebiasaannya ia dapat dibaiki melalui laser treatment sekali lagi selepas mata pesakit stabil...

8) Infeksi mata dan Iritasi. Walaupun kes infeksi kurang berbanding teknik terdahulu PRK, prosedur LASIK juga masih mempunyai risiko mengalaminya. Ia biasanya boleh di sembuhkan dengan penggunaan ubat titis antibiotik atau anti'inflammatory'.

Penerangan sudah dibuat kelebihan dan risiko pun dah dijelaskan.. terpulang pada individu sama ada mahu teruskan atau tidak. Salam dari saya FERLINA

3 comments:

  1. Lasik adalah prosedu melibatkanr membuang sebahagian tissue kornea. Kesan dari itu, kekuatan lapisan kornea tidak akan asli dan risiko seperi corneal ectasia boleh berlaku. Corneal ectasia adalah komplikasi lasik yg amat serius. Pandangan mata yang anda ada sekarang amat bernilai dan tiada galang ganti. Sila jauhi lasik. Anda akan lebih selamat dan bahagia.

    ReplyDelete