Saja saya nak berkongsi sikit sebanyak kepentingan pemeriksaan mata yang semakin diabaikan kebanyakan orang tak kira status. Mereka lebih gemar menyimpan wang untuk membeli belah, melancong, dan sebagainya tanpa memikirkan penglihatan adalah satu perkara yang amat penting dalam diri seseorang.
Cuba kita bayangkan seseorang yang tiada penglihatan... amat susah hidup mereka. Tak kurang juga mereka yang mengalami rabun yang tinggi tanpa menghiraukan kadar rabun mereka memandu jauh untuk bercuti bersama keluarga. Malang tidak berbau jika tiba-tiba masalah mata mengganggu perjalanan mereka... nauzubillah.
Sebenarnya pemeriksaan mata bukan hanya terdiri dari pemeriksaan visual akuiti (VA) sahaja tetapi merangkumi otot-otot mata (rectus and oblique muscle)
Masalah berkenaan otot mata biasanya mempunyai simptom seperti penglihatan barganda (double vision), atau adanya kesakitan apabila melihat sisi kiri kanan atas atau bawah. Jika pemeriksaan dilakukan oleh Optometris untuk pertama kali mereka akan melakukan assessment otot mata untuk saringan.
Kebanyakan pemeriksaan mata hanya tertumpu pada refraksi (refraction) sahaja kerana secara realiti 90 peratus pendapatan dalam bidang optikal adalah dalam penjualan cermin mata dan secara tidak langsung membuka peluang kepada 'pemeriksa mata tak bertauliah' menjalankan refraksi tanpa terlebih dahulu mengetahui status pesakit tersebut. Dalam kebanyakan situasi perkara ini tidaklah terlalu serius tetapi jika timbul masalah seperti 'overcorrection / undercorrection' imbalance correction, akan menyebabkan masalah yang lebih besar akan berlaku seperti 'double vision, crossed eye, blurred vision' apa akan berlaku jika mereka memandu kenderaan? belajar? apa kesan jangka panjang?
fikir-fikir kan lah... ok nak masuk tidur dulu.. salam untuk semua kita sambung nanti...

No comments:
Post a Comment