Terdapat kajian di US yang dilakukan menunjukkan hanya 1/10 daripada bilangan bayi mengalami masalah penglihatan yang tidak dapat dikesan dari masalah juling hingga barah. Walaupun kebanyakan ibubapa tahu masalah mata memang boleh dikesan walau sebelum umur setahun tetapi hanya 19% dari ibubapa yang mendaftar di American Optometric Association annual Eye-Q Survey menjalankan pemeriksaan mata komprehensif untuk anak mereka. Manakala 33% lagi apabila anak mereka mencecah usia 1-2 tahun dan 26% lagi apabila anak mereka berusia 5 tahun dan lebih.
Seramai 19% ibu bapa mengetahui bahawa barah mata boleh dikesan seawal usia bayi belum setahun lagi dan masalah-masalah lain juga boleh dikesan awal tetapi mereka seolah-olah mengambil sikap sambil lewa sahaja.
Untuk memeriksa mata bayi yang berumur kurang setahun atau untuk kanak-kanak yang belum boleh membaca/bertutur carta biasa yang digunakan untuk pemeriksaan mata tidak boleh digunakan. Optometris akan menggunakan alat tertentu menguji fiksasi mata dan sama ada mata bayi itu boleh mengikut objek yang di tunjukkan pada kaljuan tertentu dan pada jarak tertentu.
Hmmm... itu di Amerika , antara negara paling maju di dunia. Apa pula nasib kanak-kanak di Malaysia? Adakah Ibubapa di Malaysia lebih perihatin mengenai masalah mata anak-anak mereka? Pengalaman peribadi saya sebagai pengamal Optometri sejak tahun 2000 ia adalah amat mengecewakan. Ada sesetengah ibubapa yang menghantar anak mereka untuk melakukan pemeriksaan adalah kerana tahun itu anak mereka mahu menduduki peperiksaan... UPSR/PMR/SPM. bayangkan penderitaan yang terpaksa dihadapi kanak-kanak berkenaan kerana ada sesetengahnya yang sudah mengadu masalah mata sejak dari darjah SATU lagi!!
Sama-sama kita muhasabah diri kita, lebih-lebih lagi dalam bulan Ramadhan yang mulia ini....
Salam
Thursday, August 26, 2010
Wednesday, August 11, 2010
SALAM RAMADHAN AL-MUBARAK
Dah dekat sebulan tak menulis.. tahu2 dah sampai bulan Ramadhan. Kepada pembaca2 saya bagi pihak FERLINA EYECARE ingin mengambil peluang ini untuk mengucapkan selamat menyambut Ramadhan dan semoga ramadhan kali ini penuh keberkatan dan limpah rahmat dari Allah... InsyaAllah.
Seperti kebiasaan, bulan puasa/Ramadhan ni promosi sentiasa ada. lebih-lebih lagi untuk mereka2 yang ingin membuat cermin mata Raya!! Ada pertambahan stok2 baru untuk frame dan sunglass untuk sesiapa yang nak sila lah berkunjung ke kedai..
ok sekian dulu.. nanti kita sambung semula...
Subscribe to:
Posts (Atom)