Saturday, July 24, 2010

Adjustable power Glasses???



Ya betul tu sudah ada cermin mata yang boleh dilaraskan kuasanya!! Hebat kan? Bagaimana fungsinya? Saya sertakan videonya di bawah:





Sebenarnya ini bukan baru tapi sudah bertahun sejak 1985 oleh Josh Silver tapi ia hanya dikhususkan untuk golongan miskin sahaja di Afrika. Dengan nisbah Optometrists 1:10,000 penduduk keperluan terhadap cermin mata adalah amat tinggi. Tetapi kadar kemiskinan yang amat tinggi di sana menghalang mereka dari mendapatkan perkhidmatan optometrist apa lagi untuk memiliki dan menukar cermin mata setiap tahun...

Untuk mengatasi masalah itu penciptanya Joshua_Silver menggunakan sepasang bingkai dan bersandarkan prinsip lens tebal untuk kuasa refraksi yang tinggi beliau memasukkan bekas plastik bulat yang lembut ditengah-tengah bingkai yang diisi dengan cecair. Setiap bekas plastik tersebut disambungkan dengan picagari berasingan yang diubahsuai agar ia dapat dilaraskan mengikut kuasa refraksi yang diperlukan sipemakai. Selepas ia dilaraskan ianya akan diskrukan untuk mengekalkan kuasa refraksi tersebut yang mana skru tersebut juga boleh dilonggarkan untuk pengubahan kuasa pada masa lain.





Walaupun kuasa refraksi kanta boleh dilaras mengikut keperluan terdapat beberapa kekurangan jika dibandingkan dengan cermin mata konvensional.

1. Tiada pembetulan untuk astigmatism (rabun silau).



2. Terdapat distortion kanta

a: Barrel distortion

b: Pincushion distortion



3. Reka bentuk yang tidak menarik dan berat. Mempunyai banyak apparatus yang membuatkan kaca mata ini bukan menjadi pilihan jika untuk dijual.


pakcik ni tengah adjust power spec


Pandangan depan adjustable glasses




Sesuai untuk semua golongan!!




Pandangan sisi...


Berbagai-bagai teknologi yang sebenarnya ada tercipta hanya kita sahaja yang belum terdedah dengan semua kebarangkalian tersebut...

Semoga bertemu lagi...

No comments:

Post a Comment